...Harga Suatu Hikmah di bulan Ramadhan...

Wednesday, September 9, 2009

Sedar atau tidak,pengakhiran Bulan Ramadhan semakin menghampiri...
Didalam bulan ini,banyak perkara yang berlaku..
Terlalu banyak konfliks yang terjadi dlm diari Ramadhan saya kali ini..
Saya mencari banyak perkara dlm hidup ini...
Dan Allah datangkan banyak hikmah di atas apa yang berlaku...
Saya kira,ini merupakan tarbiyah yang paling besar yang pernah saya lalui dalam hidup ini..
Pada mulanya,saya amat gembira apabila 1Ramadhan mengunjung tiba...
Sempat berbuka bersama keluarga,hari tersebut terasa begitu tenang..
Kembali ke kampus,saya menjalani kehidupan mcm biasa...
Memenuhi hari bersama sahabat-sahabat disisi,cuba untuk mengisi Ramadhan dengan amalan..
Di dalam tempoh itu,saya mengalami banyak transformasi akibat beberapa perkara y berlaku....
Adakalanya,gembira..
Ada ketika,saya menangis....sedih yang melampau-lampau...
Kemudian,saya masih mencari,apa sebenarnya hikmah disebalik yang berlaku..
Saya jadi bingung...blurr...terasa kosong...useless...
Entah apa yang saya cari...
Kejap betul,kejap tidak...Kejap saya sedar apa y saya patut lakukan,kejap saya jd blurr..
Saya membiarkan sahaja apa yang berlaku...
Bila saya sedar,saya akan menangis....
Adakah saya sedang trauma ya Allah?....
Apabila saya menggali perkara y tersirat Allah hadapkan kepada saya dengan mata hati,
Saya jumpai hikmahnya...
Allah sedang mengajar saya agar saya mempunyai 'rasa' dalam menyahut panggilannya...
Agar 'hati' saya hidup kembali untukNya...
Agar 'hati' yang kotor ini dapat menjumpai jalan pulang kepadaNya..
Terima kasih ya Allah...Raja Segala Kekasih...
Adakah saya dalam keadaan saya betul-betul mengerti sekarang ini ketika menulis artikel ini?
Jawapannya saya sendiri tidak tahu...
Namun,saya akan terus mencari...
Mencari hikmah di atas apa yang Allah beri...
Saya akan cuba menjalani kehidupan ini sebaiknya..
Agar 'Allah With Every My Heart Beat'..
Ya Allah,jadikanlah syarifah nur atiqah seorang yang sabar dengan ujianMu...
Amin...Fastabiqul Khairat...

"Sungguh,Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah..."(An-Nisa:40)

Berkelana-Rabbani
Tuhan memanggil

ku tidak menyahutnya
tuhan memanggil
aku mendengar saja.


Tuhan memanggil aku

ku sahut sekali sekala
tuhan memanggil aku
ku cuba menerimanya.


Tuhan memanggil

ku sahut bertalu-talu

Tuhan memanggil

ku jemu menyahutnya
tapi aku memaksa
diriku menerimanya

itulah diri aku

belum jinak dengan Tuhan.


Ku akan menjinakkan

dengan berkelana.

~Baca Sambungan lagi.....

i love Ramadhan,(",)

Saturday, August 22, 2009

Bulan yang dinanti-nanti,sudah kunjung tiba.
Syukur Alhamdulillah,kerana kita dikurniakan Allah untuk merasai bulan yang pe
nuh nikmat ini.
Cuba kita perhatikan,begitu banyak kematian yang berlaku sebelum Ramadhan menjengah tiba.
Bertuahnya,rasa diri ini kerana Allah masih panjangkan umur.
Allah kurniakan bulan Ramadhan kepada ummatNya sebagai tanda motivasi Allah kepada umat Islam.


“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas dirimu, sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan deng
an puasa itu kamu bertaqwa”...(Al-Baqarah;183)

Motivasi yang bagaimana?
Allah mendidik jiwa kita bahawa kita MAMPU untuk berpuasa selama 30hari dan menyerapkan keyakinan kepada kita yang mana ummat terdahulu telahpun diwajibkan kewajipan ini,jadi ia bukanlah sesuatu yang mustahil bagi ummat Muhammad untuk melaksanakannya.Malah,di dalam bulan ini,diganjari pula dengan pahala yang berlipat ganda un
tuk pelbagai amalan.Tidak cukup dengan itu,diberi pula 'malam lailatul qadar' yang penuh misteri tentang kehadiran dan keistimewaannya. Setelah makhlukNya berpuasa selama sebulan,dihulurkan pula Syawal sebagai tanda pengiktirafan kepada ummat Islam.

Hebatnya Allah dalam Maha Memberi nikmat kepada hambaNya. Hebatnya Allah mendidik ciptaanNya agar TAAT kepadaNya.
Hebatnya Allah melimpahkan kasih sayangNya yang mencurah-curah untuk ummatNya.
Hebatnya Allah memanggil hambaNya dalam pe
nuh keunikkan untuk datang kepadaNya..

Sedarkah kita?...
Ya Allah,hati ini lalai & leka....
Jangan tinggal daku,ya Rahman,ya Rahim..
Diri ini ingin menjejaki kasih sayangMu untuk bertemu denganMu..
Jom sahabat-sahabat sekalian,Allah memanggil kita...
Sahutlah seruanNya dengan amalan-amalan sunat & berusaha memperbaiki diri...
Ia tidak dapat tidak,hanya mampu dilaksanakan melalui sifat 'SABAR','SABAR','SABAR'.
Itulah input terbesar yang Allah letakkan dalam tarbiyahNya pada bulan mulia ini....

~Baca Sambungan lagi.....

Santapan Buat Minda

Monday, August 3, 2009

Pada 31/07/09,bermain-main diminda saya akan bayangan buku-buku haraki Indonesia yang saya lihat kelmarin.....
Ditambah pula dengan explaination penjual buku itu,saya sudah terpikat dan jatuh hati dengan buku-buku itu.....
Pada keesokkannya,saya tekad untuk membeli buku-buku tersebut....
Pesta Konvensyen USIM kali ini amat bermakna kerana saya dapat membeli buku-buku haraki.
Pada asalnya saya ingin membeli baju jubah seluar yang sudah beberapa semester saya tangguh untuk membelinya....
Tapi niat untuk membeli jubah terus terpadam lantaran panahan buku-buku haraki Indonesia.


VS





Saya bahagikan buku-buku yang saya beli kepada 4bahagian.

1)MUSLIMAT
Terdapat 4 buah buku perihal muslimat yang menarik perhatian saya iaitu:a)Menjadi Ukhti Yang Da'iyah(Shaleh b Abd Aziz Alu Syaikh)
b)100 Kisah Kepahlawanan Wanita(Imarah Muhamm
ad Imarah)
c)Menjadi Muslimat Sukses(Karim asy-Syazdzily)
d)Agar Bidadari Cemburu(Salim A.Fillah)

Buku (a) mengisahkan tanggungjawab dakwah muslimat yang harus dilaksanakan dan pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan selaku da'iyah.Buku (b) pula mengkhabarkankehebatan-kehebatan muslimat di zaman Rasulullah dan sahabat agar muslimat masa sekarang mendapat inspirasi untuk menjadi pahlawan bagi keluarga,negara & agama.Manakala buku (c) menyuntik semangat muslimat untuk menjadi muslimat yang tidak ada lelaki menolak bersanding dengannya.Seakan kekurangan yang ada dalam dirinya dapat ditutupi oleh kelebihan peribadi muslimat itu.Muslimat energetik itulah Muslimat Sukses!.Tidak kurang pula buku (d) menghadirkan kehebatan muslimat di dunia sehinggakan bidadari-bidadari di syurga cemburu padanya.Muslimat didunia yang bagaimanakah yang dimaksudkan itu?.

2) DAKWAH

Terdapat 6 buah buku perihal dakwah yang mencetuskan selera saya untuk membelinya iaitu:a) Manhaj Dakwah Rasulullah(Prof. Dr Muhammad Amahzun)
b)Titik Tolak Landasan Gerak Para Aktivis Dakwah
(Muhammad Ahmad ar-Rasyid)
c)Fiqih Dakwah(Jum'ah Amin Abdul Aziz)

d)Bagaimana Menyentuh Hati(Abbas As-Siisiy)
e)Beginilah Jalan Dakwah Mengajarkan Kami(Us Abu
Ridha)
f)Tidak Ada Alasan Bagimu Meninggalkan Dakwah(Abdul Aziz Al-Aidan)

Buku (a) menggambarkan method dakwah Rasulull
ah sepanjang sejarah perjalanan hidup baginda yang mana buku ini bukan sahaja membicarakan tentang konsep,akan tetapi dilengkapi dengan bukti-bukti yang nyata perihal permasalahan dakwah yang boleh dikatakan nyaris sama pada masa kini.Ia merupakan pegangan & buku rujukan bagi para aktivis dakwah.Buku (b) memaparkan matlamat sebenar dakwah & merembeskan kesedaran yang tepat yang harus ada pada aktivis dakwah di mana buku ini mampu menggerakkan yang dia dan memacu yang tengah berjalan hingga akhir tujuan.Buku (c) menerapkan kefahaman dakwah yang harus para da'ie kuasai sebelum memulakan langkah merangkumi konsep,prinsip dan kaedah-kaedah dakwah.Buku (d) mengisahkan banyak cerita pengalaman-pengalaman penulis ketika beinteraksi di medan dakwah yang banyak pengajaran,pelajaran dan hikmah yang boleh diambil.Buku (e) merupakan catatan kecil perjalanan dakwah yang mana bergerak bukan atas dasar orang lain tetapi bergerak kerana diri sendiri!.Manakala buku (f) pula dikarang oleh Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia yang menyajikan dakwah merupakan pintu masuk yang agung untuk menyebarkan kebaikkan kepada orang lain,di samping simpanan yang sempurna dalam rangka memupuk pahala-pahala kebaikan.

3)TARBIYAH
Terdapat 5buah buku perihal tarbiyah yang dapat saya nukilkan disini:
a)Syarah Lengkap Arba'in Tarbawiyah Refleksi 4o Hadiths Muwashofat Tarbiyah
(Fakhruddin Nursyam)
b)Sudahkah Kita Tarbiyah?(Eko Novianto)
c)The Spiritual Power Kekuatan Ruhiyah
(Prof. Dr.Abdul Basith Muhammad as-Sayyid)
d)Kitab Tazkiyah Metode Pembersihan Hati Aktivis Dakwa
h
(Cahyadi Takariawan Ghazali Mukri)

e)Tarbiyah Ruhiyah(Dr Abdullah Nashih Ulwan)

Buku (a) menggariskan penghuraian 10 muwashofat tarbiyah dari 40 hadith yang cukup jelas bagi penghayatan pada dai'e.Buku (b) ditulis oleh presiden PKS menekankan perihal seorang da'ie yang mentarbiyah harus ditarbiyah.Namun sejauh mana kayu ukur seorang daie itu ditarbiyah?.Buku (c) menyingkap terapi ruhiyah untuk
mengatasi permasalahan hidup dan sejauh mana kehebatan ruh memainkan peranan.Buku (d) menggezekkan dakwah merupakan suatu sentuhan dari hati ke hati.Ia merupakan kunci utama keberkesanan tarbiyah.Buku (e) pula dikarang oleh tokoh aktivis Ikhwanul Muslimin yang menerapkan elemen-elemen dan sifat-sifat yang harus ada pada seorang daie.

4)LAIN-LAIN

Terdapat 3 buah buku lain yang dibeli iaitu 1buah buku sirah dan 2buah buku yang dipasarkan masa Muktamar Pas baru-baru ini.

a)Jejak Para Khalifah(Amru Khalid)

b)Wajah Baru Politik Malaysia(Mujahid Yusuf)
c)Fenomena Nizar(Wan Ji Wan Hussin & Saifulamri M.Hussin)
Rasanya bekalan buku-buku yang saya beli sudah cukup untuk setahun...huhu..=)
Sekarang saya sedang menyusun jadual agar saya dapat habiskan juga buku-buku yang dibeli.
Nasib baik buku-buku yang saya beli tidaklah tebal sangat dan sesuai untuk saya habiskan ketika masa terluang saya di atas bas tika nak pergi kuliah....
Saya fikir saya mampu habiskan 1buah buku seminggu dengan hanya membaca buku tersebut semasa dalam bas atau merantau jauh duk dalam komuter....
Cuma,saya perlu cari masa khusus untuk membaca buku yang tebal dan saya harus bahagikan masa saya sebaik mungkin....
Doakan saya sukses membaca buku yer..('',)

*P/S: Kepada yang mahu mendapatkan buku-buku diatas,boleh hubungi;

Mohd Sahrularifin b Ab Manan
General Manager
013-2071215
humairabookstore@gmail.com
No.47,Jalan Bandar U-9,Bandar Uni,
31750,Seri Iskandar,Perak.
Tel/Fa: 05-3654763
www.kedaibukuhumaira.com

~Baca Sambungan lagi.....

Mama...(kasih y tak terhingga)

sebuah kenangan

Terdapat seorang wanita yang mengandungkan anaknya pada umur 20tahun...
Wanita ini sangat sayangkan Islam walaupun tidak pernah bersekolah di sekolah agama,
namun usaha mencari kefahaman Islam itu diteruskan hingga menjejak ke universiti.
Dengan mendapat pendidikan di sekolah cina pada menengah rendah dan sekolah menengah harian biasa,dia mampu mengubah diri dan cuba mencari input nilai-nilai sebenar Islam ketika dia cuba berada didalam linkungan jemaah kampus walaupu
n perubahan yang terjadi pada dirinya tidak disetujui oleh ibunya sendiri kerana mengenakan tudung labuh.....
Apabila genap berada setahun di kampus,dia melabuhkan diri untuk menjadi isteri seorang guru matematik tambahan yang pernah berlatar belakangkan tabligh....
Pengajian di universiti dihentikan kerana menjalankan tan
ggungjawab seorang isteri dan pada umur 20tahun,dia mengandungkan anak sulungnya...
Walau tidak dapat mengikuti tarbiah di kampus sepenuhnya,namun dia mencari kefahaman Islam itu hatta terpaksa berjalan kaki dengan jarak yang jauh dengan membawa kandungan 9bulan anak sulungnya hanya semata-mata ingin mendengar muktamar PAS...
Memilih nama 'atiqah' untuk diletakkan pada anak sulungny
a lantaran kisah sirah di zaman nabi terdapat seorang muslimat bernama 'atiqah' yang mana setiap kali dia berkahwin,semua lelaki yang bergelar suaminya akan syahid di medan perang sebagai syuhada'....
Begitu besarlah pengharapan seorang ibu terhadap anak yang bakal dilahirkannya agar anaknya mampu menjadi penyumbang kepada Islam..

Dialah wanita mulia kerana sanggup melahirkan saya...
'Ma,maafkan ore kalau ada silap salah.Ore tau ore
bukan anak yang baik dan selalu degil... Yang pasti,ore sayangkan mama!'...
Selamat Hari Lahir Ke-41 Buat Mama Tersayang,
RASMUNA BT ABD RASYID
~3 Ogos 2009~

~Baca Sambungan lagi.....

Cerita Hati Seorang Sufi

Saturday, July 25, 2009

Sudah lama saya tidak berkarya.....

Hati ini terlalu keras untuk mengolah ayat bermadah pujangga...
Di sini,saya nukilkan kembali kenangan apabila saya bersama sahabat-sahabat,meluah rasa hati dengan berbalas pantun dalam suatu forum kami...
Bila difikirkan semula,saya tidak tahu yang saya boleh mer
eka pantun .....
Bilalah hati saya dapat menukilkan kembali luahan hati saya kepadaNya dlm bentuk karya sebegini.....
Kotornya hati hambaMu ini ya Allah...
Ampunkanlah dosa-dosaku...
Abu Bakar al-Hakim al-Waraq berbicara;

"Apabila hawa nafsu sudah dominan,maka hati akan gelap.Apabila hati gelap,maka dada akan menyempit.Apabila dada menyempit,maka akhlaq menjadi buruk.Apabila akhlaq menjadi buruk,maka makhluk akan membencinya".


~CERITA HATI SEORANG SUFI~


Tatkala hati ingin menyintai,

Mendesak jiwa untuk suatu yang pasti,

Lantaran cinta Abadi yang kurindui,

Pada-Nya diri ini setia menanti.

…….

Seruan Tuhan memanggil diri,

Hati tersenyum tanpa henti,

Kasihku hanya untuk-Mu Ilahi,

Mana mungkin cinta ini diganti?

…….

Cinta fitrah datang menguji,

Pinta nafsu untuk dikasihi,

Jiwa terseksa hati membenci,

Iman membelai diri diubati.

……

Dikala bernafas dalam jiwa hamba,

Air mata keinsafan mengalir lagi,

Kerna mengharap cinta yang didamba,

Menunggu ajal untuk pergi.

…….

Hebatnya berkasih dengan Sang Pencipta,

Teguh memberi tanpa meminta,

Cukuplah Allah bagi orang bercinta,

Hatinya berbisik tanpa kata.

…….

Maka Abu Qasim Junaid al-Baghdadi dalam halaqah sufiyah menurut Abu Bakar al-Kattani mentafsirkan pencinta Allah SWT sebagai;

"Seseorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu,tidak putus-putus mengingati Allah,berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya.Apabila ia berbicara,ia berbicara dengan Allah.Apabila berdiskusi,diskusinya tentang Allah.Ia bergerak dengan perintah Allah.Diamnya bersama Allah.Maka ia dengan Allah,untuk Allah dan bersama Allah".



~Baca Sambungan lagi.....

SIRI 2: Duhai Muslimat,Ayuh Bangkitlah!

Anda muslimat atau muslimin?.Ia terdiri dari dua ciptaan makhluk yang Allah jadikan berbeza dari segi fizikal,perwatakan,sifat dan kecenderungan.Namun,dua ciptaan berkenaan merupakan makhluk yang bergelar manusia yang mana tidak akan terlepas dengan tanggungjawab sebagai ‘khalifah’ diatas muka bumi.Saya adalah seorang muslimat malah merupakan seseorang yang bercita-cita untuk menjadi muslimat yang istiqomah dalam medan dakwah dan menjadikan ‘perjuangan islam’ sebagai ‘suami’ pertama saya.

Apakah pandangan anda terhadap seseorang muslimat yang bercita-cita seperti saya?
Mungkin ada yang terlintas beranggapan saya seorang ‘ekstrim’ dengan usrah atau terpengaruh dengan budaya politik PAS atau golongan muda yang bersemangat seperti hangat-hangat tahi ayam lantaran kerana selalu mengikuti program.Mungkin juga ada yang berfikiran bahawa seseorang wanita hanya cukuplah untuk menjadi ‘suri rumah’ atau mempedulikan hal rumah tangga sahaja.Usah difikirkan sangat nak aktif jadi aktivis,cukup peduli tentang soal suami dan anak.Itu mungkin pandangan orang awam yang boleh saya ketengahkan.

Ada juga berpendapat yang muslimat hanya cukup m
enjadi penggerak bagi jemaah ketika berada di alam bujang sahaja.Mungkin juga ada yang mengatakan muslimat harus fokus tentang tarbiyah aulad berbanding tarbiyah ijtimaie. Malah tak kurang juga mengatakan bahawa medan perjuangan islam hanya gah ditempuhi oleh golongan Adam sahaja.Muslimat hanya sesuai dan nampak elok untuk menjadi ‘isteri solehah’ berbanding menjadi seorang ‘daie’.Itu pula merupakan lontaran mentaliti kebiasaan seorang muslimin yang mempunyai fikrah islam yang sering kedengaran di telinga saya.

Saya jadi bingung apabila memikirkan hal ini.Apakah identiti sebenar yang harus saya miliki sebagai makhluk Allah?Apabila saya melihat keadaan sekeliling saya,sekali lagi saya jadi pusing.Anak-anak gadis seperti saya banyak terjeba
k dengan masalah sosial yang begitu teruk.Harga diri dan kehormatan seorang gadis Melayu yang menganuti Islam boleh dibeli dengan murah seperti ‘barangan lelong yang dijual di pasar lambak’.Kes rogol,bunuh dan zina sentiasa disebut hari-hari di dada akhbar.Malah kita sudah tidak jelik dan pelik lagi apabila dengar berita yang sedemikian.

Apabila berada di tempat pengajian,kaum Hawa sentiasa ke hadapan dalam soal pendidikan tidak kira dari segi kualiti atau kuantiti.Walaupun ramai kaum Hawa sudah boleh dikelaskan golongan yang berpendidikan,namun masalah keruntuhan akhlak dan syaksiah tetap menyerang kaum Hawa.Malah,kaum inilah yang sering dikatakan menjadi punca utama tercetusnya masalah seksual di kalangan generasi belia pada h
ari ini.Pertumbuhan hormon yang cepat matang juga berlaku dengan kadar yang drastik pada generasi kanak-kanak.Teringat saya tentang gelagat sepupu perempuan saya iaitu Tihani yang bermain-main dengan Amsyar sepupu sebaya dengannya.

“Abah,Amsyar cinta kat kita.Kita pun cinta kat Amsyar,”kata Tihani kepada bapanya.


Terkejut saya apabila mendengar perbualan kanak-kanak yang baru berumur 4tahun itu,sudah pandai berbicara soal sedemikian.

Apabila saya terjah diri saya memasuki institusi rumah tangga,kes cerai-berai berlambak-lambak berlaku seharian.Isteri bunuh suami kerana cem
buru,si suami berzina dengan perempuan lain kerana ‘tension’ dengan isteri.Macam-macam yang di luar tabie syariat Islam yang dapat kita imbas,apabila kita melihat masyakat hari ini.Sehinggakan kita sudah hilang deria ‘common sense’ terhadap sesuatu perkara yang diajar oleh Islam kepada kita.

Siapakah yang bertanggungjawab merubah masyarakat yang sebegini?Malah,soalan yang lebih telus lagi,adakah ada insan yang sanggup memasuki golongan ini untuk membetulkan aqidah masyrakat yang porak-peranda ini?Atau masalah ini akan selesai apabila ia hanya dilemparkan kepada pemimpin kerajaan sahaja?Kalau tidak pun,diserahkan saja tanggungjawab ini kepada ustaz dan ustazah untuk merubahnya.Cukupkah hanya golongan itu yang dipertanggungjawabkan?

“Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara
mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum Yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka Dengan azab Yang amat berat?" orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa". Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa Yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang Yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang Yang zalim Dengan azab seksa Yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).” (Surah Al-A'raf:164-165)

Ayat di atas menjelaskan bahawa melaksanakan dakwah walaupun dalam keadaan umat telah bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran tetap menjadi tanggungjawab seorang muslim.Tindakan ini menjadi alasan atau ‘pelepas diri’ apabila berhadapan dengan Allah kelak.

“…Wanita itu mempunyai hak-hak, sama seperti juga mempunyai tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan baik, dan lelaki mempunyai kelebihan darjat di atas mereka.Dan sesunggunya Allah Maha Mulia lagi Bijaksana.”
(Surah Al-Baqarah:228)

Di dalam Al-Quran amat jelas tentang kewajipan berdakwah tidak kira perempuan atau lelaki,muda atau tua,miskin atau kaya selagi ia bergelar suatu makhluk Allah.Cukuplah dengan kalamullah menjadi asas pegangan bahawa muslimat harus bergerak untuk menyebarkan risalah islam tidak kira dirimu seorang pelajar,isteri,ibu malah janda sekalipun!Kamu tidak akan terlepas dan terkecuali dari tanggungjawab ini.

Ayuh muslimat,persiapkanlah dirimu untuk menjadi seorang daie yang berotak faqih.Marilah sama-sama kita mengislahkan masyarakat yang berada di s
ekeliling kita agar kita mempunyai bekal untuk berjumpa kekasih kita Yang Maha Penyayang.Dalamilah dakwah dan hayatilah perjalanannya kerana ia bukan hanya sekadar tanggungjawab tetapi menjadikan kamu insan yang berjiwa ingin 'memberi tanpa balasan'. Bai’ahkanlah dirimu untuk berada di jalan dakwah walaupun sesaat lagi hujung nyawamu akan di tarik Malaikat IzrailJelaskan matlamat hidupmu..
Duhai Muslimat,Ayuh Bangkitlah!....

kenangan bersama
~Baca Sambungan lagi.....

SIKAP : "Mau Ke Tak Mau?"

Monday, July 20, 2009

Sudah lama saya tidak meng‘update’ blog.Bukannya sukar untuk online malah boleh dikatakan 24jam sehari saya online apabila saya berada di rumah di Kelantan.Bukannya tidak ada idea atau pun lontaran pendapat yang mahu dikongsikan.Namun ‘pemikiran lama’ saya menyerang saya kembali apabila saya mahu menyiapkan sesuatu artikel.Sebenarnya,saya sudah lama ingin membuka blog sendiri sebab saya seorang penggemar pembaca blog.Tapi saya fikir apabila saya menulis,saya rasa macam ‘tin kosong’ apa yang saya tuliskan.Saya rasa ‘inferior’ terhadap penulisan saya sendiri.Saya amat takut apabila saya tidak dapat memberi sesuatu kepada orang lain. Hal itu menyebabkan saya ‘stuck’ dari menulis.Walaupun senior saya senantiasa menggalakkan saya agar rajin menulis dalam blog dan menasihati saya yang suatu penulisan itu perlu diasah,perlu banyakkan membaca dan apabila kita rajin menulis,maka kita akan menjumpai identiti diri kita sendiri dalam cara gaya menulis. Sedar atau tidak,ia telah membentuk satu ‘sikap’ selfish dalam diri saya apabila rasa ‘inferior’ membantutkan saya dari menulis. Adakah saya gagal dalam menulis?

Teringat saya tentang satu rancangan “CEO EXCHANGE” dalam Astro Awani di mana CEO dalam sesebuah syaikat besar yang terkenal dan berjaya di US mengatakan bahawa kegagalan sesuatu perkara berpunca dari 3 faktor.Pertama,kegagalan mungkin berlaku kerana tidak ada orang yang melaksanakan.Kedua,kegagalan juga mungkin berlaku disebabkan tiadanya strategi dalam pelaksanaan.Ketiga,kegagalan berlaku apabila tiada prestasi yang baik secara berterusan.Namun,dia mengolah selalunya kegagalan berlaku adalah disebabkan faktor pertama iaitu tidak ada orang yang melaksanakan yakni tidak ada orang untuk betul-betul fokus dan khusus dalam sesuatu perlaksanaan.

Penulisan blog saya baru sahaja bermula beberapa kerat,dan saya tidak seharusnya merencatkan kereaktifan blog saya sendiri.Saya masih belum betul-betul menjadi seorang blogger.Maka saya tidak seharusnya jadi orang yang gagal.

Ketika saya menghadiri satu ceramah yang dikendali
kan oleh ustaz Hasrizal,dia memberikan tip untuk menjadi orang berjaya.Dia mengatakan,berjayanya seseorang boleh dikategorikan dari 4faktor iaitu Pertama:ILMU PENGETAHUAN,Kedua: MAKLUMAT,Ketiga: “SKILL” dan Keempat:SIKAP.Ustaz Hasizal menghurai adakah orang disekeliling akan menyayangi seseorang itu disebabkan ilmu pengetahuan yang banyak?Apabila ditanya perihal buku-buku fikrah ataupun ideologi tokoh terkemuka,orang tersebut mengetahuinya. Sama juga, dengan orang yang mempunyai maklumat.Kalau ditanya bagaimana keadaan politik di Thailand atau perihal info yang berlakunya terhadap negara-negara di seluruh dunia,seseorang itu dapat menjawabnya.Ataupun orang mempunyai skill yang pelbagai,di mana apabila disuruh baiki paip boleh,disuruh membuat kek boleh dan pelbagai kemahiran yang dikuasai seseorang itu. Akan lahirkah rasa sayang terhadap orang itu disebabkan ‘ilmu pengetahuan’ atau ‘maklumat’ mahupun ‘skill’tadi?Berbalik kepada faktor keempat iaitu SIKAP,di mana sekiranya seseorang itu mempunyai sikap untuk berkongsi ataupun ‘sharing’,maka jika dia mempunyai ilmu pengetahuan atau maklumat mahupun skill,sudah semestinya dia akan berkongsi dengan orang disekelilingnya.Orang sebeginilah orang yang berjaya yang mampu membuatkan orang disekeliling sayang padanya.

Buku yang sering dijadikan rujukan berkenaan 'sikap'

Ia menyedarkan saya seharusnya saya perlu istiqomah dalam menulis agar saya dapat belajar berkongsi terhadap apa yang saya ada dan apa yang saya mampu.Saya mau untuk merubah ‘pemikiran lama’ saya itu dan membuang rasa ‘inferior’ yang ada dalam diri bagi membolehkan saya belajar ‘memberi tanpa syarat’ yang selalu disebut-sebut ustaz Hasrizal.InsyaAllah.

~Baca Sambungan lagi.....
 
ALLAH WITH EVERY HEART BEAT. Design by Pocket